Tuesday, August 24, 2010

TUK MUDIN DATANG





Harga: RM RM14 / RM RM16



ISBN-13: 978-967-366-031-5

Tarikh Terbit: 19 Aug 2010

Jumlah Muka Surat : 184

Kategori: Kanak-Kanak

PTS Islamika Sdn Bhd





HADIAH UNTUK SI KECIL! TUK MUDIN DATANG

DAPATKAN KARYA TERBARU SAYA DI PASARAN SEKARANG! KHAS UNTUK ADIK-ADIK YANG BELUM ATAU HENDAK BERKHATAN. DAPATKAN NOVEL PENUH INSPIRASI DAN LUCU INI!



"Saya tidak sabar menanti dua minggu lagi. Nanti saya boleh sembahyang di barisan hadapan di dalam surau," kata Hanif yang tidak sabar mahu dikhatankan.

"Awak ini, perkara yang menyakitkan pun awak suka. Saya tidak mahu dikhatankan. Saya mahu lari," kata Shukri pula. Badannya mengeliat kegelian apabila sebut fasal berkhatan. Dia berasa takut bercampur malu. Badannya yang gempal itu kelihatan comel sekali apabila berjalan.

"Mana awak boleh lari. Nanti pasti ramai orang yang kepung kita. Orang dewasa lebih besar badannya daripada kita. Mahu tidak mahu, kita perlu hadapi juga. Semua orang lelaki Islam perlu berkhatan," kata Fadhil pula yang sebenarnya belum bersedia dikhatankan.

Berjayakah tiga sekawan itu dikhatankan? Apakah yang berlaku kepada kawan mereka, Robert?

PUTERI DAMIA & Kawan-Kawan Ajaib


PUTERI DAMIA & Kawan-Kawan Ajaib


Ida Munira Abu Bakar
Harga: RM 25.90 / RM 28.90
ISBN-13: 978-967-5406-54-6
Tarikh Terbit: 19 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 184

PTS One Sdn Bhd



SINOPSIS



Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya

DANISH- Cincin yang hilang


DANISH- Cincin yang Hilang


oleh Ida Munira

Terbitan Must Read Sdn. Bhd.

JUn 2010





Buku ini adalah buku ke-3 saya pada tahun ini. Satu-satunya di Must Read, dan takkan ada lagi.

DANISH- Cincin yang Hilang adalah sebuah novel kanak-kanak. Danish adalah anak saya, saya sengaja bukukan cerita fantasi mengenai Danishku Sayang supaya dia teruja dan mengetahui betapa sayangnya saya padanya.




SINOPSIS

Buku ini mengisahkan Danish yang sanggup mencari cincin perkahwinan ibunya yang hilang di mana sahaja. Dia berusaha mencari bersama kawan-kawannya di banyak tempat dan pelbagai peristiwa lucu telah berlaku. Dia mempunyai haiwan peliharaan, Joni, seekor iguana yang sentiasa menemaninya dan boleh bercakap dengannya sahaja. Hinggalah suatu kejadian banjir berlaku di kawasan kediamannya. Jadi, apakah nasib Joni dan cincin bondanya itu? Nak tahu? Bacalah!