Wednesday, July 1, 2009

Bujangku Sayang




BUJANGKU SAYANG
oleh Aida Munira/ Ida Munira
Terbitan BUKU PRIMA SDN. BHD
RM 10.00
Cetakan pertama 2009

BUJANGKU SAYANG mengisahkan Bujang, seekor anak beruang madu yang menjadi haiwan peliharan Asyraf. Bujang amat jinak dan akrab dengan Asyraf serta kawan-kawannya yang lain iaitu Ajit, Lili dan Amin. Mereka semua menyayangi Bujang. Walau bagaimanapun, kedatangan konvoi sarkas yang mahu membuat persembahan di Kampung Tuadang telah mengubah segala-galanya. Pada mulanya, Bujang mahu dibeli oleh orang terpengaruh dalam sarkas, namun keluarga Asyraf menolak kerana mereka begitu sayangkan Bujang. Malangnya, tidak lama kemudian seorang peduduk kampung mati akibat diserang beruang di pinggir hutan kampung itu. hasil siasatan mendapati kematiannya disebabkan oleh serangan binatang liar atau lebih tepat lagi beruang. Tidak semena-mena Bujang telah dituduh membunuh mangsa itu.

Jadi, adakah Bujang yang telah membunuh penduduk kampung itu? Adakah bapa Asyraf akan menjual Bujang kepada orang sarkas? mampukah Asyraf, Ajiy, Lili dan Amin lakukan sesuatu untuk menyelamatkan anak beruang madu tersebut?

Friday, February 20, 2009

KUMPULAN PUISI CINTA

KUMPULAN PUISI CINTA



IDA MUNIRA ABU BAKAR
Karyanet, DBP.
Harga RM 11.05

Sinopsis
Kumpulan puisi ini mengandungi 76 buah puisi yang bertemakan 'cinta' dalam kehidupan manusia. Puisi yang dipilih menggambarkan rasa cinta yang ditujukan kepada Tuhan, kasih sayang ibu bapa/keluarga dan alam. Menerusi penerbitan buku antologi Puisi Cinta ia memberikan peringatan dan kesedaran menginsafkan manusia untuk mensyukuri nikmat pemberian Tuhan, hidup dalam suasana kasih sayang dan menjaga alam sekitar dari kemusnahan.

HERO ASSYRIA

HERO ASSYRIA


I.M. AMIN / IDA MUNIRA
PTS One Sdn Bhd
RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),

SINOPSIS
Pada masa hadapan di negara Asyyria, semua orang boleh membeli sayap ataupun insang tetapi amat mahal. Mengisahkan seorang gadis bernama Flora yang menghadapi dilema kerana dia mahu memasang sayap sedangkan keluarganya mahu dia memasang insang.

Gudang Biru adalah tempat pemasangan kepak dan Gudang Biru adalah tempat pemasangan insang. Dalam pada masa yang sama, akibat pemasangan sayap dan insang yang berleluasa, Gudang Biru dan Gudang Putih menghasilkan bahan sampingan yang berbahaya.

Bahan itu menyebabkan manusia yang memasang insang dan memasang kepak saling benci-membenci dan mengakibatkan peperangan.

Flora dan empat orang rakannya kemudian berjumpa dengan Sifu, seorang genius. Sifu mendedahkan satu rahsia yang Flora dan rakan-rakannya itu mempunyai satu kebolehan luar biasa. Kebolehan itu diperoleh ketika mereka dipanah kilat semasa kecil.

Dengan kebolehan itu Flora dan rakan-rakannya membentuk satu kumpulan dan menamakannya Hero. Kumpulan Hero kemudian pergi memusnahkan Gudang Biru dan Gudang Putih yang menyebabkan peperangan di negara Assyria

LUKISAN KASIH

LUKISAN KASIH



AIDA MUNIRA
BUKU PRIMA SDN. BHD.
Harga : RM 16.90

Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Dania, yang diambil sebagai anak angkat oleh seorang pemuda bernama Adam. Dania anak yatim yang normal tetapi menjadi bisu dalam dunianya sendiri atas kehilangan ahli keluarganya secara tragis. Adam berusaha untuk memulihkan Dania dengan bantuan sahabat baiknya, Sarah sehingga menemukan satu kaedah aroma terapi yang berjaya memulihkan kembali semangat Dania. Bapa Dania adalah sahabat baik Adam yang keluarganya telah banyak berjasa kepadanya. Tetapi isterinya pernah menjadi orang yang dicintai Adam. Setelah Dania pulih, Adam berangkat ke luar negara atas urusan kerja, dan Dania ditinggalkan bersama Sarah. Suatu hari Dania diculik dan mulalah episod kanak-kanak itu dengan dunia barunya yang seperti pelarian sebelum dijumpai kembali dalam waktu hampir tiga minggu kehilangannya. Pada masa yang sama berlaku konflik kecil antara Sarah dan Adam kerana Sarah dianggap seorang yang gagal memegang amanah dengan baik dan pada masa yang sama ibu bapa Sarah meminta Adam tidak mempermainkan Sarah.

MISI PIRAMID





MISI PIRAMID

PTS One Sdn Bhd
Harga RM21.90

Novel ini mengisahkan seorang remaja, Zek yang menghabiskan cuti akhir tahun dengan membaca di khazanah ilmu di rumah pusaka datuknya. Tanpa disangka suatu kejadian aneh menimpa dirinya sehingga tercampak ke sebuah dunia fantasi.

Di dunia fantasi itu, dia belajar erti perjuangan dan hak kemanusiaan hidup di muka bumi ini. Dia mengembara dan dikehendaki memikirkan kunci sepatah perkataan di setiap empat dunia cabarannya. Sekiranya berjaya, dia akan menjadi wira dan berjaya menghancurkan kuasa jahat di dunia fantasi itu langsung membebaskan warga dunia tersebut daripada dibelenggu kekejaman dan kezaliman penjajahan kuasa jahat. Istana Kunotamaki, Negara Mian yang diinjaki Tensa, cabaran Rumah Misteri hinggalah Lembah Gelap di jalur-jalur pelangi, dan Kota Saat mencabar jati diri, minda dan semangatnya untuk terus berjuang. Di dunia tersebut dia menemui Zem yang hanya seketika, pemuda negara Mian, Comelmulus bersama Albertosaurus, dan Diha serta Bakri laksana teman seperjuangannya. Apa pun yang pasti mereka semua adalah pencinta. Pecinta kepada ikatan kekeluargaan, kemasyarakatan, dan kemanusiaan untuk jauh terlepas daripada kuasa jahat.

PELANGI





PELANGI
RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak),

Tarikh Terbit: 30 November 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Kisah dua orang sahabat karib yang setia iaitu Sarah dan Farah. Farah menghidap SLE yang lebih kronik daripada AIDS. Sarah sanggup mengikut Farah berpindah dan menumpang di rumah makciknya demi dapat selalu menemani farah yang sakit. Ini kisah benar, dan Farah kini adalah sebuah keajaiban kerana berjaya survive hingga kini(berusia 27 tahun) dan disahkan stabil dari SLE. Dia adalah contoh pesakit yang bersemangat tinggi. Walaupun berpenyakit berisiko tinggi, dia berjaya melahirkan dua orang anak dengan selamat.

BAYI BOTOL KICAP




BAYI BOTOL KICAP
Ida Munira Abu Bakar,
PTS One Sdn Bhd
Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)


Sinopsis

Comelnya dia...
Dia digelar 'Bayi Botol Kicap' kerana saiz badannya yang kecil sewaktu dia dilahirkan. Badannya sebesar saiz botol kicap sahaja. Kisah hidup seorang gadis kecil semasa zaman kanAk-kanaknya.

ROS OKTOBER





ROS OKTOBER

IDA MUNIRA
PTS One Sdn Bhd
RM 13.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)

SINOPSIS

Shaira meminati Azman dalam diam. Namun begitu, dia cuba menafikannya kerana dia rasa rendah diri dengan Azman. Tetapi tiba-tiba sahaja Shaira terpaksa meninggalkan Kolej Generasi kerana mendapat tawaran belajar ke UITM. Bagaimanakah hubungan mereka yang baru terjalin itu?

PENDATANG MALAM




PENDATANG MALAM
Sebuah kumpulan puisi terbitan Esastera Enterprise.
Harga: RM6
Pengantar oleh A. Samad Said
Sebuah kumpulan puisi yang indah. Pendatang malam bermaksud bintang.