Tuesday, August 24, 2010

TUK MUDIN DATANG





Harga: RM RM14 / RM RM16



ISBN-13: 978-967-366-031-5

Tarikh Terbit: 19 Aug 2010

Jumlah Muka Surat : 184

Kategori: Kanak-Kanak

PTS Islamika Sdn Bhd





HADIAH UNTUK SI KECIL! TUK MUDIN DATANG

DAPATKAN KARYA TERBARU SAYA DI PASARAN SEKARANG! KHAS UNTUK ADIK-ADIK YANG BELUM ATAU HENDAK BERKHATAN. DAPATKAN NOVEL PENUH INSPIRASI DAN LUCU INI!



"Saya tidak sabar menanti dua minggu lagi. Nanti saya boleh sembahyang di barisan hadapan di dalam surau," kata Hanif yang tidak sabar mahu dikhatankan.

"Awak ini, perkara yang menyakitkan pun awak suka. Saya tidak mahu dikhatankan. Saya mahu lari," kata Shukri pula. Badannya mengeliat kegelian apabila sebut fasal berkhatan. Dia berasa takut bercampur malu. Badannya yang gempal itu kelihatan comel sekali apabila berjalan.

"Mana awak boleh lari. Nanti pasti ramai orang yang kepung kita. Orang dewasa lebih besar badannya daripada kita. Mahu tidak mahu, kita perlu hadapi juga. Semua orang lelaki Islam perlu berkhatan," kata Fadhil pula yang sebenarnya belum bersedia dikhatankan.

Berjayakah tiga sekawan itu dikhatankan? Apakah yang berlaku kepada kawan mereka, Robert?

PUTERI DAMIA & Kawan-Kawan Ajaib


PUTERI DAMIA & Kawan-Kawan Ajaib


Ida Munira Abu Bakar
Harga: RM 25.90 / RM 28.90
ISBN-13: 978-967-5406-54-6
Tarikh Terbit: 19 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 184

PTS One Sdn Bhd



SINOPSIS



Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya

DANISH- Cincin yang hilang


DANISH- Cincin yang Hilang


oleh Ida Munira

Terbitan Must Read Sdn. Bhd.

JUn 2010





Buku ini adalah buku ke-3 saya pada tahun ini. Satu-satunya di Must Read, dan takkan ada lagi.

DANISH- Cincin yang Hilang adalah sebuah novel kanak-kanak. Danish adalah anak saya, saya sengaja bukukan cerita fantasi mengenai Danishku Sayang supaya dia teruja dan mengetahui betapa sayangnya saya padanya.




SINOPSIS

Buku ini mengisahkan Danish yang sanggup mencari cincin perkahwinan ibunya yang hilang di mana sahaja. Dia berusaha mencari bersama kawan-kawannya di banyak tempat dan pelbagai peristiwa lucu telah berlaku. Dia mempunyai haiwan peliharaan, Joni, seekor iguana yang sentiasa menemaninya dan boleh bercakap dengannya sahaja. Hinggalah suatu kejadian banjir berlaku di kawasan kediamannya. Jadi, apakah nasib Joni dan cincin bondanya itu? Nak tahu? Bacalah!

Sunday, April 4, 2010

Buku baru lagi....

  
S UNTUK 
 

Harga: RM 14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-369-001-5
Tarikh Terbit: 29 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 192
 
S UNTUK...
ini kisah benar seorang gadis remaja 'S?' yang meminati sesuatu yang bermula dengan huruf S. dia mahu berusaha mencapainya,berjaya seperti idolanya dan menggenggam bidang'S'

Namun, dia keliru apabila menghadapi dua bidang 'S'. Antara masa depan dan cita-cita.. dia perlu memilih sama ada hanya memilih satu S saja atau menggengam dua S dan berusaha menelan kedua-duanya. Berjayakah dia dalam meniti cita-cita yang bukan sekadar angan-anganan?

KRS, SAS...., SAI..., dan si idola A.S.S.....? (Mana satu ya?)

Nak tahu? bacalah!


BUDAK SPAN DAN KASUT SARAF

 

 
BUDAK SPAN DAN KASUT SARAF (SIRI 1)
RM 13.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-22-5;
9789675406225
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Dalam prequel ini, Bakti mendapat tahu bagaimana dia mendapat kuasa luar biasa yang dia miliki sejak lahir lagi. Pada mulanya Bakti sentiasA bersedih dengan nasib dirinya yang malang itu. Tetapi semangat yang diberikan oleh Cikgu Zul, guru yang mengajar Bakti di rumah membuat dia bangkit semula. Dalam siri ini juga, Bakti mula berkawan dengan budak-budak yang sebelum ini adalah musuhnya. Dia bukanlah seorang yang suka berdendam. Walaupun musuhnya itu selalu menegenakan dia, tetapi dia tetap menerima mereka semula. Kasut saraf yang Bakti temui pada suatu hari adalah kasut yang ajaib. Bakti begitu menyayangi kasut itu. Apa yang ada pada kasut itu? Dapatkan buku ini bagi mengetahui jawapannya!




BUDAK SPAN DAN KEM CHIMERA 

 
Ida Munira Abu Bakar
PTS One Sdn Bhd
RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak),
983-3654-95-9, 978-983-3654-95-6,
Tarikh Terbit: 21 July 2009


SINOPSIS

Budak Span dan Kem Chimera mengisahkan Bakti dan kawan-kawannya yang sungguh teruja hendak menyertai sebuah kem bina diri yang diadakan sempena cuti sekolah. Mereka semua benar-benar tertarik untuk menyertai kem itu bagi memenuhi waktu yang terluang dan menimba pengalaman. Malangnya, sejak hari pertama, kem itu sudah menunjukkan kelaianan yang mencurigakan. Ramai peserta dihantar pulang semula setelah menjalani ujian darah bagi mengenal pasti jenis darah mereka. Hanya peserta yang berdarah AB dan O saja dibenarkan untuk meneruskan penyertaan di kem itu. Kem itu menyeronokkan, yurannya murah tetapi menghidangkan makanan–makanan yang sungguh lazat bagi melekakan para peserta. Namun, Bakti dan Mimi mula menyedari ada yang tidak kena pada kem itu selepas kehilangan Norma dan Obie. Malah, mereka dapati sekurang-kurangnya seorang peserta hilang pada satu malam. Bakti mula menyiasat, dia bertemu dengan Chimera, mengetahui hal sebenar, dan berazam hendak menyelamatkan kawan-kawannya dan mangsa-mangsa ujikaji pasukan Gren di makmal bawah tanah di kem itu. Kelebihannya yang boleh bertukar menjadi budak span banyak membantunya dalam misi menyelamat itu. Tetapi dapatkan dia menyelamatkan kesemua mangsa? Atau hanya kawan-kawannya saja? Apa tunggu lagi, dapatkanlah novel fantasi ini dengan segera