Monday, July 16, 2012

Puteri Damia dan Kampung Ajaib


ISBN-13: 978-967-401-116-1 
Tarikh Terbit: 29 Mar 2012
Jumlah Muka Surat : 80
Kategori: Kanak-Kanak
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Puteri Sahara adalah murid baru di sekolah Damia. Seperti Damia, Sahara juga memiliki kawan-kawan ajaib. 

Pada suatu hari, di Kampung Pelita, Lampu Suluh Ajaib Sahara dan Pelita Ajaib Damia bergaduh. Lampu Suluh cuba memusnahkan Pelita kerana menganggap Pelita berbahaya dan akan membakar Lampu Suluh. Lampu Suluh pula menganggap Pelita sudah ketinggalan zaman. 

Damia cuba mendamaikan Lampu Suluh dan Pelita daripada bergaduh dengan tidak menggunakan kekerasan. Namun, Sahara pula sebaliknya. Dia menggunakan kekerasan kerana pada dia kekerasan adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah.

Adakah Damia berjaya mendamaikan Lampu Suluh dan Pelita daripada bergaduh?
 
Bagaimana pula rancangan Sahara? Adakah mereka berjaya?


Topi dan Dadih
AIDA MUNIRA
RM 14.00
ISBN: 978-967-0342-10-8
~192 hlm
Bahasa Melayu
Apa tu? Bisik hati kecilnya. Dia pun mendekati peti ais itu.
“Sarah nak apa?” tanya Encik Borhan apabila dia melihat anaknya lama merenung dadih-dadih itu.
Sarah lantas menunjuk ke arah dadih-dadih itu kemudian mengangkat keningnya.
“Itu namanya dadih, Sarah nak rasa?” Sarah mengangguk.
Encik Borhan pun membeli satu. Kemudian Sarah didudukkan di sebuah bangku yang ada di dalam kedai runcit itu, membiarkan anaknya menikmati dadih.
Ketika itu, seorang budak lelaki sudah pun sampai di hadapan sebuah kedai runcit.
“Tauke, ni dadih lagi,” kata Aiman seraya meletakkan sebakul kecil dadih di tepi kaunter.
“Okey, letak di tempat biasa!” arah Tauke Long.Apabila Aiman menegakkan badan, dia terperanjat melihat seorang budak perempuan sedang memakan dadih buatan neneknya.
“Patutlah tauke kata dadih nenek laku,” gumam Aiman sendirian, bangga dengan hasil tangan neneknya.
Tarikh Terbit: 16 Jan 2012

Sunday, July 15, 2012

Puteri Damia & Cermin Ajaib



ISBN-13: 978-967-401-005-8 
Tarikh Terbit: 19 Aug 2011
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori:
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Puteri Damia & Cermin Ajaib adalah buku cerita berwarna untuk kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun.
Kawan-kawan ajaib Damia menjadi lemah kerana sesuatu menimpa kampung halaman mereka. Damia berasa sedih melihat keadaan kawan-kawannya yang tidak sedarkan diri serta kelihatan tidak bermaya. Damia mahu cuba menyelamatkan kawan-kawannya.

Datuk Damia kemudiannya menunjukkan sebuah cermin yang melekat di pintu almari besar. Damia bertekad mahu masuk ke dalam cermin ajaib itu walaupun dihalang datuknya. Datuknya bimbang kerana sekiranya matlamat Damia mahu membantu kawan-kawan ajaibnya tidak tercapai, dia akan terperangkap di dalam cermin ajaib itu sampai bila-bila. 

Apakah kesudahannya? Adakah Damia berjaya menyelamatkan kawan-kawannya?



Ramadan Balqis.




ISBN-13: 978-967-366-087-2 
Tarikh Terbit: 21 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 192
Kategori: IslamKanak-Kanak

SINOPSIS

“Balqis, adakah kamu tidak berpuasa?”
Balqis tersentak dengan teguran itu. Puan Zehra melihat anaknya begitu bersemangat meneguk minuman dari balang air berwarna putih. Sungguh tidak sopan, bukan mahu guna cawan. Balqis termangu-mangu, termalu-malu. Dia lantas menyorokkan balang air itu di belakang badannya.
“Alah, ibu. Separuh hari saja,” rayu Balqis
“Tidak boleh. Sudah tiga tahun kamu puasa separuh hari. Kali ini, mesti puasa penuh,” kata Puan Zehra dengan tegas.
“Tetapi, saya dah minum air secara sengaja ni,” kata Balqis memohon kasihan. Dia memandang redup pada ibunya. Tidak boleh sambung puasa sekiranya sudah terbuka secara sengaja. Itu memang taktiknya, sekiranya dia kata tidak sengaja, pasti perlu menyambung puasa semula.
“Ibu tidak peduli, orang yang bersalah mesti menerima hukuman,” kata Puan Zehra lagi. Dia tidak mahu anaknya mengambil kesempatan sekiranya dia berterusan bersikap lembut. Dia perlu tegas.
Apakah hukuman yang diterima Balqis?
Bagaimana Balqis dapat mengharungi cabaran ini di bulan Ramadan?

Putera Danish & Villa Fantasi.




ISBN-13: 978-967-5406-58-4 
Tarikh Terbit: 11 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 160
Kategori: Kanak-KanakIllustrasi
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Sinopsis
 Mengisahkan pengembaraan Putera Danish di Villa Fantasi. Ada lapan bilik misteri yang perlu dikunjungi oleh Putera Danish dan Pak Karim. Pak Karim adalah penjaga Danish. Kesemua bilik yang dikunjungi Danish memberi pengajaran kepadanya.
Buku berilustrasi dan berwarna ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur antara 8 hingga 12 tahun

Budak Span dan Ancaman Qim


ISBN-13: 978-967-5406-84-3 
Tarikh Terbit: 22 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Penerbit: PTS One Sdn Bhd


Sinopsis

Bakti dilanda masalah lagi. Kali ini lebih teruk. Dia diugut dengan surat layang dan ancaman daripada manusia bernama Qim. Qim mengancam Bakti supaya menyertainya menakluki dunia dengan kejam. Sekiranya Bakti menolak, dia diancam bahaya.
Siapakah Qim? Mengapa dia mahu Bakti menyertainya? Bagaimana dia tahu Bakti juga mempunyai kuasa sepertinya?